Wednesday 27 November 2013

CINTA IBARAT MUSIM

Cinta adalah seperti musim yang berlaku...
Musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh...

Saat musim bunga pabila bermulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan...
Segalanya adalah indah, manis dirasa saat bersama...

Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan, pergaduhan, salahfaham, cemburu dan marah berlaku...
Tapi anggaplah semua itu adalah cubaan dalam perhubungan...

Kemarau dalam percintaan berlaku jika persefahaman hilang...
Kemarau tidak semestinya akan membawa kepada perpisahan meskipun hubungan dalam keretakan...

Luruh...
Suatu yang perit dalam kehidupan seseorang yang bercinta kerana ianya bukan apa yang dipinta dan diharapkan...
Gundah di hati hanya diri sendiri yang rasakan...
 
 Kesakitan cinta sesungguhnya tidak akan pernah diungkapkan dengan kata-kata...